Dia terbangun dari tidurnya dengan penuh hati yang berdebar-debar. Tidak pernah dialaminya mimpi sebegini, malah dirasakannya seperti benar-benar terjadi. Namun baginya langsung tak masuk akal.
Dia mengusap mukanya sebelum bangkit ke meja kecil yang terletak di tepi almari bajunya. Diambilnya sebotol air mineral dari meja itu. Haus benar tekaknya.
Dia meneguk air itu dengan perlahan-lahan. Rasa lega seketika.
Jam tangan yang dipakainya kini menunjukkan pukul 1.50 pagi. Masih awal lagi??
Kebetulan pula telefon bimbitnya berdering.
Siapa pula yang call tengah malam buta ni? Bisik kecil hatinya.
Dilihatnya nombor telefon yang tertera. Nombor siapa ni?
"Hello?"
"Cik Julie?"
"Siapa ni? Nape tak tunggu esok pagi je call?"
"Maaf cik Julie, tapi perkara ni tak boleh dilengahkan lagi."
"Awak ni siapa? Mana dapat nombor telefon saya?"
"Orang yang selama ini anda cari...."
"Hello? Siapa ni?"
Talian telefon itu diputuskan begitu sahaja. Dia cuba menelefon nombor itu tapi tak dapat dihubungi langsung.
Musykil, benar-benar musykil. Dia langsung tak faham apa yang diperkatakan oleh suara lelaki itu.
Orang yang dicarinya selama ini?? Siapa??
Dia hanya menggeleng kepala sambil menekup wajahnya. Mungkin orang itu salah nombor kot? Tapi kenapa dia tahu nama aku?
Malas hendak difikirkan, mungkin perkara ini bermlaku secara tak sengaja ataupun kebetulan sahaja.
Dia melangkah malas ke bilik air yang terletak di kirinya . Terasa nak terkencing pulak tiba-tiba waktu itu.
Sejurus dia selesai, suhu di bilik air itu dirasakan sejuk dengan tak tentu pasal. Bulu romanya naik dengan tiba-tiba, malah lampu bilik mandi itu mula berkelip-kelip dengan tak tentu pasal.
“Ishhh, sejuk betul pulak tetiba ni. Lampu ni pulak buat hal!” bebel kecil mulutnya sambil membasuh tangan di sinki bilik air itu.
Tika itu, anak mata kecilnya seperti terlihat melalui cermin akan sesuatu yang berada di belakangnya secara tiba-tiba. Ibarat sebuah lembaga manusia yang tidak dapat dikenalpasti kecuali warna tubuh badannya yang cukup gelap.
Secara spontan dia terus keluar dari bilik air itu namun akibat tersilap langkah, kakinya tersadung lalu terjatuh.
Jantungnya berdegup dengan pantas, air peluh mula membasahi seluruh badannya dan dia merasakan dirinya kini kaku dan tak mampu untuk berkata apa-apa.
Apa yang boleh dilakukannya hanyalah melihat lembaga itu yang jelas sedang berdiri di dalam bilik air itu. Badannya ibarat dipenuhi dengan kepulan asap yang tebal dan gelap, malah wajahnya langsung tidak kelihatan. Yang ada hanyalah sepasang mata yang merah menyala.
Lembaga itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini, tetapi di mana?
Jawapan itu cuba dicari, namun tidak berhasil. Fikirannya jelas bercelaru, penuh dengan ketakutan.
Bunyi bisikan seseorang kedengaran di ruang bilik tidur itu selain darinya, malah bukan juga berpunca dari lembaga itu.
Bisikan itu seperti berkata-kata dengannya walaupun dia langsung tak faham.
Seketika kemudian bunyi bisikan itu hilang, malah dirasakan bilik tidur it uterus senyap sunyi. Dia melihat ke arah bilik airnya. Kosong, dan keadaan seperti biasa.
Tiada lembaga di sana mahupun di sekitar bilik tidurnya.
Apa ni semua? Aku tengah mimpi ke?
Dia bangun, melihat sana-sini, tiada apa yang berlaku dan berubah. Hatinya mulai tenang. Lega, tapi sampai bila?
“Saya minta maaf dengan apa yang berlaku tadi.”
Julie terkejut apabila suara itu kedengaran dari belakangnya. Suara seorang lelaki, suara yang seingatnya hampir sama dengan bisikan yang didengarnya tadi.
Badannya mengigil ketakutan…
“Jangan takut Julie. “
Dia tahu nama aku? Julie berpaling ke belakangnya. Dia tergamam.
“S…siapakah awak?”
“Orang yang awak cari selama ini.”
No comments:
Post a Comment